Thursday 23 January 2014

cerita nabi yusof dan yaakub

Beberapa tahun selepas Nabi Yusuf bebas dari penjara, kemarau melanda. Ayah baginda, Nabi yaakub menghantar anak-anaknya ke Mesir untuk mencari makanan.
Mereka tidak mengenali Nabi yusuf tetapi nabi yusuf mengenali mereka.
Nabi yusuf mendapat tahu bahawa Nabi yaakub jatuh sakit sehingga menjadi buta. Nabi yusuf berasa sedih. Nabi yusuf pun memberitahu siapa dirinya. saudara-saudaranya terkejut.
Nabi yusuf telah memberi bajunya untuk diusap ke wajah Nabi Yaakub. Nabi Yaakub pun sembuh.
Selepas itu Nabi Yaakub telah berpindah ke Mesir bersama keluarganya.
Di Mesir, mereka hidup aman bahagia.

Sunday 19 January 2014

Taman Rekreasi Peremba

Hari itu Yusof, Umi dan Ishak pergi ke taman rekreasi peremba. Yusof, Umi dan Ishak jogging kat situ. Tak boleh nak jogging lama-lama sebab Ishak nak jalan sama jugak. Sebab itulah Yusof, Umi dan Ishak jogging satu round saja.
Ini la gambar Yusof dan Ishak yang diambil oleh umi. Masa ni, Yusof dan Ishak tengah berehat.

Wednesday 15 January 2014

Aktiviti semasa cuti...best!!!

Masa cuti kelmarin yusof tak ke mana-mana, tapi yusof bermain air dalam kolam.

Masa Yusof duk main air ni, adik is tak bangun tidur lagi. tapi walaupun yusof main sorang-sorang tetap seronok dan best sebab Yusof boleh menyelam.