Thursday 26 December 2013

Kawan yusof

Kelmarin yusof, umi, tok, adik is dan tok ngah pergi ke rumah tok ndak. yusof jumpa dua orang kawan iaitu adam dan hawa. depa dua beradik. adam ni baik hati, hawa pula selalu marah-marah. seronok sungguh pi rumah tok ndak walau pun tak sempat main dekat playground.


Monday 9 December 2013

Ayam panggang

Kelmarin Pak Ngah Tan buatkan ayam panggang dan semua keluarga makan sampai habis. Pak Ngah perap ayam dengan serbuk kari, jintan manis, lada hitam, bawangmerah, bawang putih, halia, madu dan garam. Pandai jugak Pak Ngah masak. Yusof pun tolong Pak Ngah jugak.... tapi tolong makan saja la.

inilah ayam panggang yang Pak Ngah buatkan kelmarin.


Friday 6 December 2013

muffin coklat!

Kelmarin yusof buat muffin coklat tapi yusof buat dengan tok la. sebenarnya dah lama yusof nak cuba buat tapi umi yusof kata bahan tak cukup. akhirnya berjaya juga yusof buat petang kelmarin.

Ni la hasil yang yusof dan tok buat kelmarin.... SEDAPPPPP....



Resepi ini di ambil daripada majalah Adik keluaran Ana Muslim. Resepinya adalah seperti di bawah...

Bahan-bahannya :
1/2 cawan mentega
3 sudu makan serbuk koko
1/2 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan gula perang
200 mlsusu segar (vanilla atau coklat)
3 biji telur
sedikit coklat chip untuk hiasan -yusof guna yg bentuk star.
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-caranya :

1. Panaskan oven pada suhu 180 C selama 15 minit supaya apabila dibakar; adunan akan naik dengan sempurna.

2. Pukul mentega minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji .

 4. Tepung gandum; soda bikarbonat; sebuk koko dan serbuk penaik perlu diayak bersama dan di campur ke dalam adunan tadi.

 5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.

6. Letakkan ke dalam cawan kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya .ha ini bila dah siap untuk di bakar.Bakar selama 20 minit tau!

Monday 2 December 2013

tanam pokok nenas

Fasa 1

Hari ini Yusof tanam pokok nenas. pokok ni yusof ambik dari buah nenas yang ummi beli hari tu. yusof tak pasti ia akan tumbuh atau pun tidak. Walau macam mana pun yusof harap dapat makan buah dari pokok ini.

ni la pokok nenas yg yusof tanam.............



Sunday 1 December 2013

assalamualaikum

assalamualaikum,

hari ini yusof dah berjaya buat blog. cuma, yusof gunakan email umi yusof untuk buat blog ni sebab yusof takdak email lagi.

Ini adalah post yang pertama daripada yusof. Rasanya setakat ni saja post yusof untuk hari ini. Lain kali yusof akan update lagi.